Latar belakang The_Notebook_(novel)

Novel ini merupakan novel pertama beliau yang dikeluarkan dan yang ketiga ditulis selepas The Passing dan The Royal Murders di mana kedua-duanya tidak dikeluarkan. Beliau telah menulisnya selama enam bulan pada tahun 1994. Agensi sastera beliau, Theresa Park telah menemuinya selepas mengambil buku tersebut daripada timbunan lecah agensi tersebut. Park telah menawarkan diri untuk mewakili beliau. Pada Oktober 1995, Park mencagarkan $1 juta wang pendahuluan untuk buku tersebut daripada Time Warner Book Group dan novel ini dikeluarkan pada Oktober 1997. Novel ini juga tersenarai dalam senarai The New York Times Best Seller dalam minggu pertama pengeluarannya. The Notebook merupakan jualan terlaris bagi edisi kulit keras untuk tempoh lebih daripada setahun.[1]

Dalam sebuah temuramah, beliau menyatakan bahawa ilham untuk menulis novel tersebut datangnya daripada nenek kepada isterinya yang telah berkahwin untuk lebih daripada 60 tahun apabila beliau berjumpa dengan mereka. Dalam novel ini, beliau cuba untuk meluahkan sebuah percintaan romantik yang berpanjangan untuk kedua-dua pasangan tersebut.[2]